Monday, 18 March 2013

Golongan Yang Menjadi Ahli Syurga


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufik, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum kerabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai.
(Riwayat Muslim)
 
Huraian
 
Golongan yang menjadi ahli syurga ialah:
 
1.   Pemerintah yang berlaku adil di dalam pemerintahannya.
 
2.   Orang yang mempunyai sifat kasih sayang serta berlemah lembut khususnya kepada ahli keluarga dan umumnya kepada sesama Islam.
 
3.   Seseorang yang tabah dan cekal menghadapi kesusahan hidup tanpa mengeluh dan mengharapkan pertolongan orang lain. Golongan ini juga meredai qadak dan qadar Allah ke atasnya.

10 Cara Memikat Hati Mertua


Mesti ramai yang ingin tahu bagaimana cara memikat hati mertua, kan? Entri ini saya tujukan kepada anda yang bakal mendirikan rumahtangga (dah menjadi tunangan orang), baru melangkah ke alam perkahwinan dan yang dah lama berkahwin (mana tahu sampai sekarang belum berjaya memikat hati mertua, kan?). Termasuk sy jgk..hehe 
Di sini saya kongsikan beberapa cara untuk memikat hati mertua (sama ada ibu atau ayah mertua) yang boleh sama-sama kita diamalkan.
1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya
Mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.
2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama
Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain batik atau pelikat sebagai tanda kenangan.
3. Kenali sikap sebenar mertua anda
Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.
4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya di hadapan mereka
Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.
5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya
Dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.
6. Berkongsi minat dengannya
Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.
7. Ingat hari-hari penting yang berkaitan dengan mereka
Contohnya seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.
8. Paling penting, jaga pertuturan anda
Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.
9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut
Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk, kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.
10. Cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri
Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi mereka walaupun sekadar bertanya khabar sahaja. 

Tuesday, 26 February 2013

I'M Back....-:)

Assalamualaikum W.B.T...kpd sumer mber2ku sekalian..

        Rasenye dh lme aku tgglkn dunia blog nie..emm,msa aku praktikal thn lepas lg...
Dh mcm2 cter yg aku dpt,aku dgr dr mber2..ade yg nk kawin,yg dh bertunang, malah ade yg dh kawin lg..hehe! i'm wish all the best for u all..
        Ntahlah aku xde idea nk update aku punye blog coz aku lately bz ckit..byk sgt program yg perlu aku terlibat..mcm mggu lepas, aku terlibat dlm 'Janji Ditepati'. Aku kena jge booth TM..minggu depan plak (1 & 2 Mac 2013) aku kena jge booth TM kt Hotel Permai n Dataran Shahbandar sempena karnival LTDL..Kprg thu x ape 2 'LTDL'..hehe! it's stand 4 "Le Tour DLangkawi"..kn thu nie LTDL b'akhir kt Terengganu. 
      Okla, that all 4 2day..i hv no idea wht i want 2 write...hehe...
     Bye2...n Assalamualaikum W.B.T..
     Hv a nice day..-:)