Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta.
Cintakanlah aku kepada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku
untuk mencintaiMu..
Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku
dalam jurang cinta nafsu...
Ya Rabbana...
Jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling daripada hatiMu...
p/s: mudah-mudahan doa ini dapat kita amalkan agar kita jatuh hati pada seseorang bukan kerana dirinya tetapi keranaNya..InsyaALLAH..
No comments:
Post a Comment